Saturday, February 6, 2010

BUUU...HONEY NAK SYOLAT!!!!

Lately ni, setiap kali saya nak solat, honey mesti nak solat jugak!! siap ngan nak amik wuduk sekali. Pas tu pakai telekung dan ikut saya solat di belakang. Kalau hubby ada, honey lebih suka ikut ayah dia solat. may be sbb hubby rajin ajak honey turut serta. Yg best tu, kdg2 saya terdengar mulut si comel ni seolah2 sedang membaca surah Al-fatiha. Setiap kali saya menyebut Allahuakbar, honey pun akan sebut sama. Kadang2 terganggu gak tumpuan saya bila dengar si honey membaca ayat2 Quran versi dia. Pelat!!! Yang membuat saya teruja, honey tahu basic step solat dr mula hingga akhir. Alhamdulillah!!!

And this entry is specially dedicated to beloved hubby!!! See bang, now she knows how to perform solat the correct way!!!


sedang bersedia untuk memulakan solat!



terkumat kamit membaca Al-fatiha!!


honey sedang rukuk



honey sedang sujud


duduk tahyat akhir...kdg2 tu, saya lihat honey juga menaikkan jari telunjuknya!



dan disudahi dengan doa!! Alhamdulillah


Honey ni suka buat apa yg saya buat, kalau saya sapu, dia pun sibuk nak menyapu, saya mengelap, dia pun sibuk nak kain lap jugak. Saya masak, dia pun kecoh nak pegang senduk. Saya sidai baju dia pun nak sidai baju gak dan yang tak syok tu, bila saya dok membebel marahkan kakak atau abang dia...dia pun membebel sama!!! sebutik pulak tu tiru apa yg saya cakap!!! adusssss!!! Ni baru betul2 belajar melalui pemerhatian!!!!

Friday, January 29, 2010

KIMA DAGING

ok

My bfast this morning!! wholemeal bread with kima daging. Kima daging ni buat minggu lepas. Ternampak bila nak kemas fridge semalam. Dalam fridge tu mmg ada macam2 . Sate raya tahun lepas pun ada lg 20 cucuk...siap ngan kuah kacang lagi!! Hmmm....boleh tak ekh simpan utk raya tahun ni pulak..?? Mak aiii...ada gak yg kena food poisoning nanti!!


ok2

Resipi kima daging ni sgt lah mudah dan sangat sedap. Selongkar resipi kat cerok dapur nekpp dr ApronandGlove. Meh kita zass resipi.... tu trademark cik nekpp kita tu!!!


bahan2
  • daging cincang/daging kambing nekPP guna stew kambing
  • bawang putih
  • bawang merah
  • halia
  • dibelender semua bahan2
  • 4 sekawan *bunga lawang*pelaga*kayu manis*pek'kak
  • 5 tbspn rempah kari * ikut banyak mana nak masak - dibancuh dgn air jadikan paste
  • mix vages
  • kentang dipotong dadu kecil2
  • asam keping
  • garam
  • gula
  • bahan perasa
  • minyak masak
  • 2 tbspn minyak sapi ** ikut suka
cara2nya
  1. tumis dgn minyak bahan2 yg sudah dibelender
  2. masukan rempah kari +asam keping tumis sehingga wangi
  3. kemudian masukkan daging kambing/daging cincang digaul sebati
  4. bila dah empuk masukkan kentang dahulu barulah masukan mix vages+garam+gula digaul sebati
  5. dah pon boley dihidangkan..selamat mencubaaa


ok5

Ni montot roti ye kawan2!! hihihi

Wednesday, January 20, 2010

KEK PISANG BERCOKLAT

ok

Alhamdulillah, at last berasap gak oven saya, punyalah payah nak start enjin mood memasak ni. Dah 2 3 kali pi kedai beli pisang, 2 3 kali gak le pisang habis dok dilantak gitu aje. 2 hari lepas beli pisang lg, kali ni saya siang2 dah asingkan 4 5 bj pisang utk buat banana choc cake ni. Ni antara resipi kek yg teringinnnn saya nak buat sebab so senang to do!!! Lama dah cnp. Buat ni pun sebab nak balas tupperware kawan yg lama mcm dah tukar jd hak milik saya. Tu pun terjumpa masa kemas2 kabinet kat dapur tu.Termangu kejap mikirkan sape punya tupperware la tu!! Nak pulang kosong gitu, segan sehhh!!!!


ok2

Goshhh!!! sedapnyaaaa kek ni....very moist!!!! resipi ni saya skodeng kat umah kak ummi @ Home Sweet Home. Kak ummi pulak cnp dr umah kak nor @ Nor67@MyR. Cam selalu ye kak ummi, saya cnp aje. Thnx for sharing ye kakak2!!!!

psst...sorry ye bang, masa abang balik cuti2, x de chance nor nak buat kuih2 utk abang, al-maklum le sibuk ke hulu ke hilir dr pg2 buta sampai le malam2 buta...hehe


Bahan-bahan:- (akak guna loyang 8"x8")
  • 250gm mentega/marjerin
  • 3/4 cawan gula caster
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 5 biji telur gred A (akak guna gred B je)
  • 1 cawan pisang yg dilecek (akak lebihkan 1 1/4 cawan)
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang( yg ada kat umah cuma white cooking choc, so sy ganti ngan choc chips )
Cara Membuat:-
  1. Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan tepung.
  2. Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
  3. Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. Saya hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
  4. Pukul mentega hingga putih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.
  5. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
  6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
  7. Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur.
  8. Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit. (*Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lg cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup).

Saturday, January 16, 2010

2 MINGGU YANG SUNGGUH BEST

Hubby dah balik semula ke Doha semalam. Meaning, starting today up to the next 3 months, tinggallah kami bertiga sahaja di rumah, saya, iwani dan si comel honey. Hari ni pagi2 lagi saya dah mulakan operasi mengemas rumah habis habisan. Masa ada hubby tu hari, mmg tak dapat nak mengemas sangat sebab asyik keluar sahaja. Sibuk mengalahkan menteri. Nak buka blog pun tak berkesempatan. Bukan takat tu aje, dapur pun memang tak berasap kerana puan rumah tak de masa nak memasak. kihkihkihhhh...alasan tu!!!! lepas ni lagi lah payah nak berasap sebab tinggal bertiga aje. Wani bukanlah pemakan sangat. Mungkin masa2 ni lah masa yg sesuai untuk saya menurunkan sikit berat badan ni. Mesti dan wajib!!! Masa hubby balik cuti2 tu, both of us gain xtra weight. Baik hubby, baik saya. Saya pulak tok leh tengok muka hubby..asyik lapaaarrrr aje. adusss!!!!!

Tapi yg pasti, 15 hari sebelum ni adalah hari2 yg sgt2 mengembirakan walaupun kepenatan ke hulu kehilir menyelesaikan mcm2 hal.Sedikit terkilan sebab zati dan ikram hanya ada sehari sahaja untuk bersama2 ayah mereka sebelum naik sekolah. Depa kan nak kena balik asrama. Dan yg sehari tulah dari pagi sampai le ke malam mmg ayah dia orang layan habis2 kerenah anak2. Ibu dia kena tunggu turn.hehe


sempat ke KL rehat di hujung minggu.


rasa mcm nak memerap dlm bilik je..hehe


kat IKEA, cuci mata dan semestinya cuci poket.hehe


tulis apa tu sayang...??? ralit sungguh!!!


dah beli..kena lah pasang. wani n honey tolong daddy...ibu tukang tengok je.hehe


bawang pun sampai dh bertunas jenuh menunggu puan rumah menjengah dapur. hihi


hubby belikan anak2 jam, saya pun apa lagi...merengek gak le nak jam..hihihi


hhhmm...berbaloi gak kena tinggal ni!!! tq so much dear!!! it is soooooo gorgeous!!

Insyaallah...kalau enjin mood memasak dah ok, ingat nak start balik baking membaking. Saya lebih suka membaking dari masak lauk pauk ni. Ada gak intention nak pi kelas baking, nak gi ngan orang sebelah tu. Tapi sampai la ni tak terpergi2 sebab masing2 sibuk tahap gaban.

Friday, January 1, 2010

HE IS COMING HOME N HAPPY NEW YEAR!!!


Petang nanti kol 5 nak pi airport nak amik hubby. Hubby cuti 2 minggu. Seronoknyaaaa!!! Sempat lah hubby hantar Zati balik TKC dan hantar Ikram ke sekolah SMKA. Tahun ni Ikram start dok asrama. Nanti bila hubby balik Doha semula, tinggallah kami tiga dara pingitan kat umah, saya, wani and honey. Huhuhu..sedihnyaaa!!!!

Macam2 plan dlm otak saya sepanjang 2 minggu hubby kat sini. Macam2 tempat yang saya nak pergi. Macam2 perkara nak buat sebelum hubby berangkat balik semula. So many things to do within so short of time!!!

Tahun baru dah bermula. Semoga 2010 akan membawa lebih erti dan kita semua dapat mengisi tahun ini dengan lebih bijak dan berfaedah!! Untuk semua teman2 bloggers tersayang

HAPPY NEW YEAR 2010


Monday, December 28, 2009

RAINBOW MARBLE PUDING

Assalammualaikum semua!! lamanya tak letak n3 masak2. Sejak balik dr cuti2 ni, mood memasak memang x de langsung. Klu masak pun, masak yg super simple aje. selebihnya banyak 'masak' kat kedai aje.hehe. Tambahan lagi, tgh busy giler menguruskan hal anak2 yg nak naik sekolah. Tp tengahari td ada rajin sikit nak buat rainbow marble puding ni. Nampak kat merata blog, nak buat pun senang. Ada lah gak kudap kudapan utk waktu petang. Sedap n very creamy!!



Resipi cilok kat umah kak Ummi Kuantan, kak ummi pulak copy paste dari umah Maklang. Zillion thanx to both of the sifus!! minta izin copy balik ye akak akak berdua!!!

Bahan:-
  • 1 paket agar2 serbuk (13 gm)
  • 675 ml air
  • 225 gm gula pasir
  • 65 gm butter
  • 4 biji telor saiz sederhana
  • 1/2 tin susu cair Carnation (*ummi guna Ideal Nestle)
  • 1 sudu makan tepung kastad
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu teh esen vanila
  • beberapa titis pewarna merah dan kuning


Cara Memasak:-
  1. Masak agar2 bersama air dan gula hingga mendidih. Tutup api dan ketepikan.
  2. Pukul telor sebentar dengan whisker, masukkan susu dan tepung kastad, kacau sebati. Tapis.
  3. Kemudian masukkan adunan yang ditapis tadi ke dalam agar2 dan kacau hingga rata.
  4. Masak semula hingga adunan mendidih, kemudian masukkan butter dan esen vanila. Kacau rata.
  5. Bahagikan adunan ke dalam 3 mangkuk berasingan. Masukkan warna koko (bancuh bersama sedikit air) dalam salah 1 mangkuk dan kacau rata. Masukkan pewarna kuning dan merah berasingan dalam 2 lagi mangkuk.
  6. Ambil loyang empat persegi ukuran 9 x 9 x 3 in. Sanggakan salah satu hujung loyang dengan buku atau lain2 alas.
  7. Tuangkan satu senduk adunan merah, diikuti satu senduk adunan kuning dan satu senduk adunan coklat berselang seli. Buat hingga habis.
  8. Letakkan kembali loyang pada kedudukan asal dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila telah keras, potong dan hidangkan..

Thursday, December 24, 2009

SHE DID IT AGAIN!!!!

Hari ni result PMR keluar, so pagi2 lagi saya dan anak2 dah shoot ke N9. Mula2 ingat nak call aje TKC tanya result zati, tp zati nak kena beli buku untuk siapkan portfolio. Silibus N9 berbeza dengan silibus Johor, so tak boleh la nak guna buku Johor. Lagipun, biarlah dia meraikan detik2 indah ini bersama rakan2 sekolah. Kali ni hati saya tak la sebedar2 masa nak tunggu result UPSR ikram. Siap menangis2 lagi sebelum dapat tahu keputusan. Kali ini, saya lebih tenang dan slumber rock je, mungkin sebab saya yakin dengan Zati. Alhamdulillah syukur kepada Allah yang Maha Esa, kerana sekali lagi DIA telah memakbulkan doa saya. Rasanya saya antara ibu yang bertuah tahun ini kerana ke dua2 anak saya memperolehi kejayaan dlm peperiksaan mereka!!

Tahun ini, TKC mencatat sejarah tersendiri apabila 104 daripada 109 jumlah pelajar PMR berjaya memperolehi 8A. Peratus juga meningkat kepada 95.4%. Walaupun pegetua happy dengan keputusan ini tetapi pening gak sbb susah nak maintain the result untuk tahun depan. Semoga TKC berjaya mengulangi rekod ini untuk tahun depan!!!


Jom kongsi detik2 bahagia itu!!!

collecting the result!!


the beautie with her pmr slip.


batch seven eleven (2007-2011)


the girls


with her frens


She wants a keyboard for her result. Since we confidence she will get 8As, so minggu lepas lagi dah pi beli keyboard!!!

Sebelum balik JB, sempat celebrate kat pizza hut. Zati was so happy sbb daddy dia call ucapkan tahniah!!! Saya dan anak2 juga were so happy tapi masih rasa ada yang kurang sebab suami tiada sama untuk meraikan detik ini.

Kepada teman2 bloggers yang anaknya juga menduduki PMR, tahniah diucapkan kepada yang berjaya. Yang kurang bernasib baik, jangan putus asa, gandakan usaha untuk SPM yang akan datang!!!

Blog Widget by LinkWithin